Sunday, 28 September 2014

gurindam anganku

angan aku si miskin harta
moga punya wang berjuta

angan aku si miskin jiwa
hendaknya tenang sampai ke tua

angan aku si miskin ilmu
harusnya menuntut tak pernah jemu

angan aku si miskin agama
mahu  FirmanNYA terus bergema

angan aku si fakir miskin,si papa kedana
jangan lah hidup kalau tiada guna

No comments:

Post a Comment