Thursday, 2 October 2014

janji


Baru dua penggal pegang tampuk tertinggi,
dah berapa janji kau mungkiri????
baru dua kali menang PRU,
dah berapa kali rakyat ditipu?

Janji manis semanis madu
hanya utk meraih undi,
lepas habis musim  PRU,
janji dibuat tinggallah janji

Janji tetap janji
tak kira kau kuli,hamba abdi hatta perdana menteri
kerbau diikat pada tali
manusia pada janji
kalau tak mampu ditepati
lebih baik umum pengganti

perbezaan

menyukai,menyayangi,mengasihi,menyintai..
simptomnya sama,penyakitnya tak serupa.
sementara meminati,memuji,mengkagumi......
dikelas yg berbeza.....tak sama tak serupa.

pergi........

satu lagi sahabat pergi,takkan kembali.....
bukti,nyawa ini milik Ilahi,
ajal itu pasti
yang hidup pasti mati,
takkan ada terkecuali,
cuma menanti....
aku bila lagi????
#alfatihah#Nurman

Wednesday, 1 October 2014

mungkin serasi

kita beza tempat berdiri
kau dilangit aku dibumi
kita beza persepsi
kau begitu aku begini
tapi mungkin satu hari nanti
kita serasi
kerana kau susu aku kopi
kita kongsi satu visi
demi ibu pertiwi

kami mati

pak menteri,pun serupa pencuri
tak habis2 potong subsidi
itu hak kami!
yang satu lagi,
kononnya harapan kami,
tapi sampai hari ini,
tak habis-habis berkelahi
tuding jari
kami disini
dibawah ini
marhaen dan kuli
hamba dan abdi
sikit lagi mau mati

raja permaisuri



perginya si raja
hilangnya permaisuri
hanya utk melindungi
kasih syg abadi

Jangan nanti permaisuri lupa janji
Sehidup semati
Cinta abadi
Jangan pula siraja mengkhianati
Kasih sejati
Permaisuri dihati
Raja dan permaiasuri
Jauh dimata bukan dihati
Hujung dunia tetap dicari
Kerana raja dan permaisuri
Takkan ada yang sama pengganti......

-sbc.asba-

puisi

sang pencinta puisi
angin pagi
pun jadi inspirasi
daun gugur
pun jadi penghibur
bunyi cengkerik
pun jadi menarik
diam diam
pun cari ilham